Thursday, 13 December 2012

WHY MALAYSIA ? WHY ?

Assalammualaikum
Ceria Time!
Geramnya! Geram sangat! Kenapa Malaysia boleh kalah ? Mungkin ada faktor-faktornya. Benda ni Nurul dapat dari Abang Apit. So, Nurul nak creditlah entry ni kat Abang Apit sebab kebanyakkannya apa yang Abang Apit taip.

1. Tempat Latihan Yang Diberikan oleh Thailand Kepada Harimau Malaya
Dah macam sawah padi dah. EEII!! Geram dengan Thailand.

2. Padang Stadium Thailand Macam Tempat Perang
Bukan padang ni yang Nurul maksudkan, tapi padang kat Siam. Dah macam padang perang. Lari sikit dah tercabut rumput. Macam mana nak lari macam tu. Player semua tergelincirlah nanti. Diorang training padang macam tu ke? Teruk betul! Berlubang-lubang macam nak sumbat bola golf je. Tak puas hati betul Nurul dengan padang bola siam ni. Ni mungkin juga faktor yang boleh jadikan Harimau Malaya kalah malam ni.

3. Pengadil Kpop Berat Sebelah
Kalau tak salah, pengadil Kpop ni guru Bahasa Inggeris. Satu kesalahan je terus bagi kad kuning. Hai celaka pengadil ni. Dah macam kena rasuah dah pengadil ni. Jatuh sikit, terus bagi kad kat player Harimau Malaya. Tapi kalau Siam bagi player Malaysia jatuh, game teruskan. WTF!!!!! Mat Yo kena kepung 3 orang siap kena pijak kepala lagi, kad kuning kuning je? Tak adil langsung!! Player Harimau kita kena kad merah terus kalau buat macam tu *tak buat pun kena T_T 

4. Pemain Thailand Yang Tidak Profesional dan Kasar
Amboi tahulah awak tu Muay Thai tapi agak-agaklah nak main pun. Main bola kut, bukan tomoi. Jangan bangang sangat. Tu Khyril Muhymeen malas nak bukak silat je tu. Main serius kasar kut player Thailand. Dan kekasaran Thailand kerap tak diendahkan oleh pengadil K-Pop tadi. Dah tu awak boleh sepak muka Farizal, penjaga gol kami Malaysia? Kurang ajar betul!!

Nampak sangat Malaysia tak ada rezeki untuk ke final tapi Nurul tetap sokong Malaysia!


4 comments:

Panda Boy said...

wah kita sama eh....org rasa jugak yang [engadil tu macam makan suap jer....

farah.fauzi said...

Malaysia kalah bermaruah.. Thailand menang dengan cara kotor, tak elok jugak.. tapi Malaysia da buat yg terbaek :)

Nurul Fatihah said...

Tulah. Tak puas hati betul!

Nurul Fatihah said...

Hurm, betul tu T_T

m
e
s
s
a
g
e
 
This blog+author+design fully edited and the designer is Nurul. Don't steal my design !