Saturday 27 October 2012

Doodle For Kak CciCuteDesign

Assalammualaikum
Ceria Time!
Doodle ini untuk Kak Cci SAHAJA! Korang janganlah ambil. Rambut warna biru tu sebab biarlah macam orang putih sikit. Hahaha...Burukkan ? Err .. sorrylah Kak Cci sebab warna dia buruk. Tone warna dia. Burukkan ? Korang jangan ambil pula. Ok lah. Bye.

Harap sangat kak Cci suka.


Thursday 25 October 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil-adha

Assalammualaikum
Ceria Time!

http://1.bp.blogspot.com/-QwglEt6sZ9g/UIk0Yn0BFVI/AAAAAAAABos/udOKpmNRzQg/s1600/Selamat+Menyambut+Hari+Aidil-adha.png
Selamat Hari Raya Aidil-adha semua! Maaflah sebab blog ni dah lama bersarang tapi Internet Nurul memang bermasalah! Harap korang faham keadaan Nurul sekarang ni. Maaf juga sebab tak BW blog korang balik. Internet Nurul LEMBAP! Nurul update blog ni pun Internet dah semput. Entah sejak bila Internet Nurul ni ada penyakit asma. Sekali lagi Nurul minta maaf dan selamat hari raya aidil-adha!




Saturday 20 October 2012

Problem Itu Masalah

Assalammualaikum
Ceria Time!
Malas nak ceria sebab hari ini Internet LEMBAP sangat! Tak suka , tak suka >_< Jadi buat sementara waktu ni , Nurul tak dapat BW blog korang. Insya-Allah kalau Internet Nurul dah ok Nurul akan BW blog korang balik. Sekian. Terima kasih.

#Nak update pun LEMBAP! Huh!

Wednesday 17 October 2012

TUTORIAL | Colourful Followers Widget

Assalammualaikum
Ceria Time!


Hai! Nak Followers widget yang berwarna-warni walaupun google dah buang website untuk hias widget follower korang ? Nurul ada jalan penyelesaiannya! Nak hias follower widget macam Nurul ?

1) Dashboard > More options > Layout > Add a Gadget > Followers > Save


2) Add a Gadget > HTML/Javascript > Copy and paste kat HTML/Javascript tu > Save.


<center><!-- Include the Google Friend Connect javascript library. -->
<script type="text/javascript" src="http://www.google.com/friendconnect/script/friendconnect.js"></script>
<!-- Define the div tag where the gadget will be inserted. -->
<div id="div-BLOG ID" style="width:190px;border:1px dotted #000000;"></div>
<!-- Render the gadget into a div. -->
<script type="text/javascript">
var skin = {};
skin['FONT_FAMILY'] = 'trebuchet ms,sans-serif';
skin['BORDER_COLOR'] = '#FF4D4D';
skin['ENDCAP_BG_COLOR'] = '#FF4D4D';
skin['ENDCAP_TEXT_COLOR'] = '#000000';
skin['ENDCAP_LINK_COLOR'] = '#FF4D4D';
skin['ALTERNATE_BG_COLOR'] = '#ffffff';
skin['CONTENT_BG_COLOR'] = '#ffffff';
skin['CONTENT_LINK_COLOR'] = '#FF4D4D';
skin['CONTENT_TEXT_COLOR'] = '#000000';
skin['CONTENT_SECONDARY_LINK_COLOR'] = '#7777cc';
skin['CONTENT_SECONDARY_TEXT_COLOR'] = '#999999';
skin['CONTENT_HEADLINE_COLOR'] = '#FF4D4D';
skin['NUMBER_ROWS'] = '2';
google.friendconnect.container.setParentUrl('/' /* location of rpc_relay.html and canvas.html */);
google.friendconnect.container.renderMembersGadget(
 { id: 'div-BLOG ID',
   site: 'SITE ID' },
  skin);
</script></center>
ABC : Blog Id. Tak tahu ? Tengok tutorial yang INI.
ABC : Suka hatilah nak berapa row.
ABC : Width widget followers korang.
ABC : Ketebalan border widget followers korang.
ABC : Just choose one dotted / dashed / solid
ABC : Tukarlah ikut suka hati korang. Nak kod colour ? SINI
ABC : Letak SITE ID blog korang bukan BLOG ID tau!

UPDATE!!
Step yang no.1 yang bahagian Nurul suruh letak widget follower yang disediakan itu ada sebabnya. Nurul suruh letak widget follower yang disediakan itu untuk mencari SITE ID. Lepas korang letak widgets follower yang disediakan tu , korang view blog korang and then tekan Ctrl + U. Korang tekan F3 dan search Followers iaitu widget followers yang korang letak tadi. *bukan colourful followers widget ye! 

Yang Nurul petakkan itulah SITE ID. Korang copy and then letakkan bahagian kod yang Nurul suruh.
Lepas dah jadi tu buanglah widget follower yang disediakan blog ni ye ?

Hah! Macam mana ? Berminat nak buat ? Buatlah. Bagi yang dah buat tu alhamdulillah kalau faham tutorial Nurul dan menjadi ye ? Baiklah! Nurul nak relaks kejap. Bye! Selamat mengomen dan berjaya bagi yang nak mencuba.


Monday 15 October 2012

Blog Nurul Berubah Wajah ?

Assalammualaikum
Ceria Time!

Hehe! Korang perasan tak ? Perasan ? Memanglah perasan dengan blog Nurul ni sebab perubahan blog Nurul ni ketara betul! Dari blog biru bertukar kepada blog merah. Err...Macam kertas litmus pula. Perhatikan blog Nurul ni ya ? Bye-bye. Entry pendek sahaja.

Before

After

Berilah pendapat anda tentang blog Nurul! ;)


Friday 12 October 2012

Test

Assalammualaikum
Smiley ^_^


TEST
TEST
TEST 


Wednesday 10 October 2012

WORDLESS WEDNESDAY | Nobody Can Order Me

Assalammualaikum
Smiley ^_^

Betulkan ? Tiada sesiapa pun boleh menghalang Nurul untuk berhenti berangan.
HAHAHA!


Monday 8 October 2012

Doodle Zombie Untuk Header

Assalammualaikum
Smiley ^_^


Tahulah buruk tapi tak payahlah gelak ! Huh. Uhuk , uhuk. Doodle zombie tak jadilah kot. Err. Tiba-tiba rasa seram sejuk. HAH!!! Nurul dah agak dah. Shuu~ Jangan nak ambillah! Grr. Kau nak copycat , copy-lah kat blog lain. Doodle zombie ni bukan untuk korang tapi untuk header Nurul. Shuu~


Beliau Sebayaku Tetapi Beliau FAMOUS! Oh My God!

Assalammualaikum
Smiley ^_^

Macam tak percaya dia famous. Macam tak percaya. Dahlah sebaya lepas tu famous pula tu. Eh ? Hai. Korang kenal Faqihah Husni tak ? Kenal ? Oh My God! Memang tepatlah sangkaanku. Blognya menarik , banyak followers and banyak pengomen. Ownernya pun tak kurang jelitanya. Beliau pun sama umur je dengan Nurul. Tiba-tiba orang bertanya :
Kenapa cakap Faqihah 'beliau' ? Dia famous sangat ke ? Lagi famous dari Kak Lyssa Faizureen ke ?

Nurul menjawab :
Amboi , amboi~ Sedapnya mulut kau cakap macam tu ye ? Jangan risaulah. Si Kak Lyssa Faizureen kau tu tak akan turun ke'famous'annya. Dia masih lagi famous. Jangan marah ye. Nurul panggil Faqihah tu 'beliau' sebab dia lagi banyak follower dari Nurul. Beliau pun dikenali ramai. Lebih kurang macam artis gitu.
Orang membalas :
Eleh~ Aku pun banyak followers juga. Lebih kurang 500++ gitu. Kau ada ke ?
Nurul membalas :
Apa aku peduli ada ke tak ada ? Bagi aku pengomen paling penting berbanding followers. Followers tu ketiga terpenting. Cuba kau bayangkan , kau penat-penat taip entry tapi tak ada orang baca lepas tu tak ada orang komen. Lepas tu kau dapat gelaran "Orang Syok Sendiri" Kau nak ke ?
Orang membalas :
Err. Tak nak. Tapi kenapa followers tu ketiga terpenting bagi kau ? Kedua terpenting bagi kau apa ? Blog ?

Nurul membalas lagi :
Bukanlah! Kedua terpenting bagi aku mestilah melukis. Tak ada maknanya blog bagi aku. Sekadar teman meluahkan perasaan dan berkongsi ilmu je.
Orang membalas :
Tak habis dengan melukis dia tu. Dahlah. Aku nak balik. Bye~
Okeylah! Nurul pun dah habis di'interview' oleh orang. Macam mana Nurul boleh dapat tahu pasal blog Faqihah tu ? Hah ! Nurul dapat tahu dari blog INI. Kat bahagian sidebar yang bertajuk I Love You tu. Gambar yang last sekali. Akak Yanie , good luck for your PMR tomorrow(betul ke ejaan aku ni ?) Harap akak dapat menjawab dengan mudah. Amin. Bye!! Nak pergi sekolah agama. Mak Nurul bising!

Korang tak sabar ke nak tengok header baru Nurul tema ZOMBIE nanti ? Sabarlah ye. Bye.


Sunday 7 October 2012

Header Ouh Header !

Assalammualaikum
Smiley ^_^

Hihihi...Ingat nak ubah header tema zombielah nanti. Nak kata esok , tak sempatlah kot. Nak buat hari ini , perut tengah lapar + pening kepala = Rasa diri tak sihat.


Kenapa Nurul tak makan lagi ? Mak Nurul tak masak ke ?
Mak Nurul masak cuma mak masak gulai rebung. Baunya mematah , mengkaratekan selera Nurullah. Mak Nurul ada juga masak makanan lain tapi semua bukan makanan yang boleh menyelerakan Nurul kembali.

Kenapa Nurul pening kepala?
Entahlah. Lepas minum air oren buatan mak Nurul , terus pening kepala. Yang peliknya , adik Nurul minum tak peninglah pula. Minum secawan okay !

Baiklah. Pening di kepala semakin melarat dan Nurul tak boleh nak update panjang-panjang jadi Nurul nak main BOOMZ !! Bye. Jangan lupa komen sekali.


Friday 5 October 2012

SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ?

Assalammualaikum
Smiley ^_^

Nak join sekali ? Klik banner di atas.

Question : Kenapa Nurul berblog ?
Answer   : Nurul berblog untuk meluahkan apa yang Nurul rasa. Kiranya macam diary-lah. Selain itu , Nurul juga nak bagi freebies dan tutorials kat bloggers yang memerlukan.

Question : Macam mana Nurul boleh terjebak dalam dunia blogging ?
Answer   : Hihihi...Masa Nurul darjah 4 , Nurul ternampak akak Nurul , Fateen melayari laman blog. Nurul suka ikut apa yang Fateen buat. Sebab itu Nurul boleh terjebak dalam dunia blogging ni.

Question : Apa tujuan utama/asal Nurul berblog ? 
Answer   : Jawapan Nurul lebih kurang sama macam jawapan kat question atas tu...cuma Nurul cemburulah tengok blog Fateen cantik. Huh ! Blog Fateen cantik pun sebab guna blogskin bukan edit sendiri macam Nurul.

Question : Apa yang menarik kat blog Nurul ni ?
Answer   : Menarik ? Err. Sebab boleh faham tutorials Nurul yang ringkas ? Atau boleh merompak doodle yang Nurul lukis ? Err. Entah. 

Question : Siapa yang jadi sumber inspirasi Nurul dalam dunia blogging ni ?
Answer   : Sudah tentulah Kak Cci! Blog kak Cci yang kawaii membuatkan Nurul rasa macam nak ada blog macam Kak Cci pula.

Itu sahaja! Moga-moga kak Cci dengan kak Lyssa Faizureen panjang umur! (err. Apa kena mengena ?) 


Thursday 4 October 2012

Hobiku Dulu & Sekarang VS Cita-citaku

Assalammualaikum
Smiley ^_^

Hehehe... Korang semua tentu ada hobikan ? Tipulah kalau korang tak ada hobi...Tapi , pernah tak korang bertukar-tukar hobi ? Contoh : Dulu Nurul suka melukis. Sekarang Nurul suka main game Boomz Asia Bahasa Melayu. Tapi ada juga yang tak tukar hobi pun.

Dulu, Nurul suka melukis dan baca komik je. Bercita-cita nak jadi guru PS , doktor , polis dan macam-macam lagi. Tapi sekarang,,,banyak hobi Nurul. Hobi melayari Internet , main Boomz , baca novel , menengking budak yang bising , menjawab dan banyak lagi lah. Tapi melukis dan baca novel tetap no.1 !!

Melukis - Nurul suka sangat lukis kat atas kertas...selalu lukis macam macam...Best sangat! Bila Nurul melukis ni , Nurul dapat hilangkan stress , dapat mempertingkatkan lagi teknik melukis dan macam-macam lagilah...

Komik - Hobi ni memang tak berubah. Nurul paling suka baca komik karya Kaoru dan Mizuho Rino. Merekalah yang bagi inspirasi untuk mempertingkatkan teknik lukisan. Nurul memang paling suka baca komik CINTAlah~~

Novel - Paling minat novel cinta. Kadang-kadang novel orang dewasa pun Nurul baca walaupun cover dia macam tak menarik. Don't judge by its cover !

Menengking - HAHA!! Entahlah , menengking orang pun dah jadi hobi Nurul. Hampir setiap hari Nurul menengking kat library sekolah. Maklumlah Pengawas Perpustakaan. (Bangga sekejap) Murid yang datang kat library mesti bising. Ada yang ambil buku kat rak. Ambillah buku kat dalam bakul yang disediakan. Buku-buku kat rak tu belum disusun lagi bukunya. Ada yang buku Bahasa Inggeris kat rak buku Bahasa Melayu..Adess! Pening.

Menjawab - Kalau orang cakap mesti Nurul menjawab. Maklumlah , tak nak mengaku kalah. Apa Nurul peduli ?

Main Boomz - Apa yang best sangat main game Boomz ni ? Best! Walaupun ianya game lawan-lawan tapi ada spa sekali tau. Pemain wanita pun ada. Adalah juga Nurul rasa bosan tapi nak buat macam mana ? Tak ada kerja. Main sahajalah.

Guru Pendidikan Seni - Cita-cita yang kurang pasti. Tak pastilah nak jadi cikgu ni tapi best juga. Boleh dapat hadiah bila tiba hari guru nanti. Tak lama lagi dapatlah hadiah dari Kak Cci yang kawaii~ tu... Hehe..Beruntung betul!

Doktor - Kenapa Nurul nak jadi doktor pula ? Entahlah. Tak tahu sebabnya. Tapi Nurul tak minat Sainslah. Sorry to say! Akak Nurul , Fateen ada kat Institusi mana entah tapi kat Kota Tinggi sana. Jadi nurse. Dahlah takut makan ubat , ada hati nak jadi nurse. Pirrahh !

Polis - Bila difikirkan balik. Tak naklah! Kerja asyik bunuh penjenayah dan pukul je. Tak sanggup! Nurul ni berhati mulia tau. (Ceh! Perasan je lebih)

Fashion Designer - Err. Lukis tu reti tapi mendesign tu...Maaflah. Tak pandai. Kalau Nurul lukis baju , mesti buruk...

Penyanyi - Suara sengau! Harapan amat TIPIS !!!

Pelakon - Tak boleh! Tak boleh! Mesti tergelak punya. Baru berlakon sikit je dah ketawa...Memang tak boleh.

Baiklah! Sampai di sini sahaja. Bye-bye. Komenlah sekali.


Monday 1 October 2012

CONTEST | Blog Siapa Yang Kawai Tu ??

Assalammualaikum
Smiley ^_^

 Nak join ? Klik je banner kawaii tu..

Tag : 1 | 2 | 3 | 4

m
e
s
s
a
g
e

 
This blog+author+design fully edited and the designer is Nurul. Don't steal my design !