Thursday, 4 October 2012

Hobiku Dulu & Sekarang VS Cita-citaku

Assalammualaikum
Smiley ^_^

Hehehe... Korang semua tentu ada hobikan ? Tipulah kalau korang tak ada hobi...Tapi , pernah tak korang bertukar-tukar hobi ? Contoh : Dulu Nurul suka melukis. Sekarang Nurul suka main game Boomz Asia Bahasa Melayu. Tapi ada juga yang tak tukar hobi pun.

Dulu, Nurul suka melukis dan baca komik je. Bercita-cita nak jadi guru PS , doktor , polis dan macam-macam lagi. Tapi sekarang,,,banyak hobi Nurul. Hobi melayari Internet , main Boomz , baca novel , menengking budak yang bising , menjawab dan banyak lagi lah. Tapi melukis dan baca novel tetap no.1 !!

Melukis - Nurul suka sangat lukis kat atas kertas...selalu lukis macam macam...Best sangat! Bila Nurul melukis ni , Nurul dapat hilangkan stress , dapat mempertingkatkan lagi teknik melukis dan macam-macam lagilah...

Komik - Hobi ni memang tak berubah. Nurul paling suka baca komik karya Kaoru dan Mizuho Rino. Merekalah yang bagi inspirasi untuk mempertingkatkan teknik lukisan. Nurul memang paling suka baca komik CINTAlah~~

Novel - Paling minat novel cinta. Kadang-kadang novel orang dewasa pun Nurul baca walaupun cover dia macam tak menarik. Don't judge by its cover !

Menengking - HAHA!! Entahlah , menengking orang pun dah jadi hobi Nurul. Hampir setiap hari Nurul menengking kat library sekolah. Maklumlah Pengawas Perpustakaan. (Bangga sekejap) Murid yang datang kat library mesti bising. Ada yang ambil buku kat rak. Ambillah buku kat dalam bakul yang disediakan. Buku-buku kat rak tu belum disusun lagi bukunya. Ada yang buku Bahasa Inggeris kat rak buku Bahasa Melayu..Adess! Pening.

Menjawab - Kalau orang cakap mesti Nurul menjawab. Maklumlah , tak nak mengaku kalah. Apa Nurul peduli ?

Main Boomz - Apa yang best sangat main game Boomz ni ? Best! Walaupun ianya game lawan-lawan tapi ada spa sekali tau. Pemain wanita pun ada. Adalah juga Nurul rasa bosan tapi nak buat macam mana ? Tak ada kerja. Main sahajalah.

Guru Pendidikan Seni - Cita-cita yang kurang pasti. Tak pastilah nak jadi cikgu ni tapi best juga. Boleh dapat hadiah bila tiba hari guru nanti. Tak lama lagi dapatlah hadiah dari Kak Cci yang kawaii~ tu... Hehe..Beruntung betul!

Doktor - Kenapa Nurul nak jadi doktor pula ? Entahlah. Tak tahu sebabnya. Tapi Nurul tak minat Sainslah. Sorry to say! Akak Nurul , Fateen ada kat Institusi mana entah tapi kat Kota Tinggi sana. Jadi nurse. Dahlah takut makan ubat , ada hati nak jadi nurse. Pirrahh !

Polis - Bila difikirkan balik. Tak naklah! Kerja asyik bunuh penjenayah dan pukul je. Tak sanggup! Nurul ni berhati mulia tau. (Ceh! Perasan je lebih)

Fashion Designer - Err. Lukis tu reti tapi mendesign tu...Maaflah. Tak pandai. Kalau Nurul lukis baju , mesti buruk...

Penyanyi - Suara sengau! Harapan amat TIPIS !!!

Pelakon - Tak boleh! Tak boleh! Mesti tergelak punya. Baru berlakon sikit je dah ketawa...Memang tak boleh.

Baiklah! Sampai di sini sahaja. Bye-bye. Komenlah sekali.


4 comments:

cci said...

amboi.. banyak btol cita2 dia ni.. mana 1 neh.. eheh.. ^_^ jap2.. nape namaku ade tersesat disitu.. ngee~~ ^_^ x pe.. da belajar tinggi nanti... cr je kerje yg terbaik k,.

Nurul said...

HAHAHA! Memperkenalkan blog kak Cci kejap. Cita-cita memang banyak. Bergantung bila Nurul dah dewasa nanti. Kalau Nurul ditakdirkan jadi pelukis , maka jadilah Nurul. Hehehe...

Nurfara Hani said...

waa.. guru pendidikan seni... minat melukis ye.

Nurul said...

Yup! Minat sangat ^_^

m
e
s
s
a
g
e
 
This blog+author+design fully edited and the designer is Nurul. Don't steal my design !